kadang kadang aku teringin
teringin untuk menulis bait ayat yang mudah difahami, namun penuh dengan makna tersirat
kadang kadang sekecil kecil perkara boleh menjadi sangat bermakna apabila digandingkan dengan ayat yang berbunga
namun, sungguh aku tidak punya kepakaran dalam hal ini
kerna aku, hanya lepasan SPM yang menunggu keputusan tidak lama lagi
dup dap dup dap
sekali ku pandang SMTSP2, sekali ku terkenang nasib ketika 23hb Mac nanti
gembirakah? menangis kah? ketawakah? atau terus pulang tanpa menegur sapa?
seringkali perkara ini menganggu mimpi lena ku
mungkin ini satu petanda bahawa aku tidak dapat impian yang ingin ku gapai
siapalah aku sebagai insan yang sangat sombong dengan pencipta tetapi ingin meminta segalanyaa
aku bercakap tanpa mengira sensitiviti yang seharusnya aku peka
sungguh! aku merupakan makhluk yang sangat bongkak dengan yang Maha Esa
aku sedar akan kelemahan diri
aku sedar akan keterlanjuran ku memungkir janji untuk taat setia kepada-NYA
sudah menjadi kebiasaan bagi setiap makhluk yang digelar manusia
sedar akan kekhilafan, namun enggan meminta keampunan
bukan enggan, tapi sentiasa lupa daratan
bongkak dan sombong dengan kemewahan
Ya Allah, ku mohon, sentiasalah memberi hidayah untuk menyuluh kehidupan akusesungguhnya, ku tahu, Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



